
Hari nie saya nak kongsikan serba sedikit apakah punca2 jerawat yang selalu sangat naik kat muka kita nie kan...jom sama2 kita baca....
>Jerawat adalah sejenis penyakit kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit.Kelenjar2 ini mengeluarkan minyak yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pda permukaan kulit manusia.Namun begitu,apabila liang roma pada permukaan kulit kita tersumbat,ini akan membuatkan kulit muka,belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
>Jerawat membentuk apabila minyak,bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.
ANTARA PUNCA-PUNCA NYA ADALAH:-
1)HORMON
>Pada usia remaja,kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum/minyak di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
2)BAKTERIA/RESDUNG
>Bakteria yang dikenali dengan nama A Propionibacterium acnesA pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit.Sumber makanannya ialah sebum/minyak dan sel2 mati pada permukaan kulit.Orang yang berjerawat mempunyai A Propionibacterium acnesA yang lebih banyak dengan kulit orang yang tidak berjerawat
3)PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
>Makanan yang tidak seimbang dan yang berlemak,bergula,berminyak boleh menyebabkan jerawat naik
4)STRESS
>Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat tetapi ia boleh dicegah ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk.Selain itu,apabila kita dalam keadaan stress,hormon adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat
5)ALAT SOLEK/ALLERGIC/ALAHAN
>Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit,tetapi jika kita tidak membersihkan kulit muka dengan baik selepas memakai alat solek,ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka
6)MATAHARI
>Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama maasalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit kita berpeluh dan berminyak, sekaligus menyumbatkan liang roma
7)PAKAIAN
>Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia.Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum.Jangan malas mandi tau,,kerana kulit bersih boleh membebaskan kita dari belenggu jerawat.
8)TOKSIN
>Jika kita tidak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30tahun,bermakna dah bermacam2 sisa toksin terkumpul dalam badan kita.Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin,itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam,berjerawat dan banyak lagi keburukkn lain....
Inilah serba sedikit saya mengkongsikan antara sesetengah punca2 kenaikan jerawat..

Untuk mendapatkan Produk Kecantikan Shaklee untuk masalah jerawat boleh hubungi saya
call/wassp/telegram
019-7079384
fazilah
Ahli Shaklee area Kluang Johor
untuk oder dari seluruh malaysia boleh jugak pihak kami akan pos
No comments:
Post a Comment